29 December 2010

Pegi dentist..(tu pn nak cerite ke?)

sukati gua la nak cite psl dentist ke hape ke! sebok!
..... ehem

dah lame xupdate blog psl gua senantiasa bizi mcm haram. patutnye bizi ni dijadikan perkara haram supaye sume orang tak bizi. baru la bole meluangkan mase dgn keluarga tersayang. chewah.

cerita psl keluarga ni, gua nk cite psl si bongsu. bukan adek bongsu gua yg blajo kat UKM tu, ni psl gigi geraham bongsu gua yg suatu ketika dahulu menyebabkan gua makan bubur seminggu. makin keping badan gua cisssss

maka atas kesakitan gigi yg teramat amat amat ahmad albab (eh melalut) sakit, maka gua pn pegi klinik UiTM nak cek apekejadahnye gigi geraham gua wat hal plak. nak kate jarang servis slalu la jugak gua tukar minyak itam (eh melalut lagi). dan utk pengetahuan korg wahai peminat2 gua, ini adelah 1st time gua pegi cek gigi kat dentist sejak dari skola rendah dentist dtg skola wat cek gigi sambil promote ubat gigi kodomo lion.

sesungguhnye klinik UiTM sgt informatif. beso2 die tampal info pasal geraham bongsu yg sakit. gua rase diorg mmg tampal info tu psl gua nk dtg la..hmmm..maka barulah gua tau yg geraham bongsu gua tu tak rosak pn, die tumbuh senget plak lalu berlaku inflamation akibat collision with my inner check causing trauma to that particular place atau dalam bahasa kasarnye, dalam pipi gua luka psl gigi senget. mmg dh ku jangka ini terjadi psl gua mmg aktif menggosok gigi. kdg2 gigi orang pn gua gosok so mane bole gigi gua rosak.

'sakit kat sini' ujar gua

maka diaturkanlah temujanji dengan doktor, agar dapat memetik bunga di taman cik Bedah untuk disunting menjadi teman abadi (haish melalut sgt ni). esok apointment cabut gigi, maka gua merasa excited psl tak tahan sakit dah, dan juga excited psl tak penah cabut gigi kat klinik.

pabila tiba hari yg dijanjikan, sedikit pn gua tak gentar nk cabut gigi. gua melangkah dengan pantas pasal dah lambat gua lmbat bangkit tidoq. maka selepas beberape minit tggu, gua pn dipanggil masuk utk melakukan ritual mencabut gigi.

eh? ramainye doktor? mmg nak wat ritual memuja gigi gua ke? maka pabila gua sedari yg ramai2 tu hanyelah doktor pelatih..peluh jantan mengalir. oh takde doktor yg pro ke? kalo die pegi cabut lidah gua cmne gua nk ejek team bola Indon nnti. tapi agak best gk psl yg in charge tu agak kiut. ehehe adui sakit gigi tak bole gelak

maka aku pn dijadikan bahan praktikal utk doktor2 pelatih tersebut. gigi gua yg kacak diperiksa satu persatu sambil mereka bercakap bahasa medical yg aku xphm. mcm tgk cite House plak.yg buat gua cuak, diorg bole main teka2 plak gigi aku tu kene cabut ke tak. hish doktor mane bole main teka kang abis sume gigi gua die cabut. nasib baik lepas doktor pelatih cek, doktor real plak double cek sambil menjadikan gua bahan utk menerangkan perihal geraham bongsu. kire gigi gua ni mcm buku teks la. gile gempak.

lepas doktor tu cek, die konfemkan kene cabut gk. lega la skit psl gua mmg tak tahan dh sakit, tapi gua kembali cuak psl doktor pelatih yg cabutkan. tapi psl gua tak gentar,psala gua kental. gua wat muke ketat je xde perasaan pn. so doktor pelatih tu pn sapu ubat bius berperisa strawberi yg lazat. wah mmg kebas malah manis pula. pastu die injek jarum bius. wahh...masyuk.

tetibe..

"eh ni dah xray ke belom? kite nk pkai gigi tu wat research"ujar sorg pembantu klinik

damn.maka dengan mulut yg sebelah kebas sebelah tak kebas gua pegi la xray gigi. nk muntah gua xray psl gigi geraham tu ujung skali, so die kene masukkan alat xray tu dalam2 nk cecah anak tekak.pastu die tembak xray kat pipi gua. hasilnye pipi saye menjadi gebu dan awet mude.

'bende ni la yg die sumbat dlm tekak gua'
abis xray gua sambung balik nk cabut gigi. doktor tu pelatih tu tnye dah kebas blom. wah berdebar plak die tnye cmtu mcm dh nk cabut je. tapi kuciwa ati gua psl die injek lagi 3 kali. pergh besi sejuk mencucuk gusi dan lelangit. yg paling best injek paling last tu tgn die gegar2 time jarum dah masuk lelangit. wah mmg terbaik. tapi gua kental xde hal bro.

pastu ape lg, cabut gigi la. bagi sape2 xpenah cabut gigi kat dentist, ni gua describe secara detail proses die. lepas injek tu, die amik besi hape ntah bentuk tirus je die tolak gigi tu. punye la kuat die tolak smpai ade bunyik "prapp!" dalam kepala gua. pergh kuat minah ni. lepas tu die amik playar goncang2 gigi tu smpai loose. masalahnye doktor pelatih tu suda tercepit pipi gua dgn playar psl mulut aku xbuka luas2. sakit nk mati tp gua diamkan je. gua kental beb.

maka tamatlah azab seminggu gua sakit gigi. tapi sayang skali gigi tu gua xbole bwk balik psl diorg simpan nk wat research katenye. wat asaimen la kot. ala gua rase alasan je tu..msti diorg nk jual gigi aku kat eBay time gua dah femes nnti.

jadi gua nk pesan kat adik2, makan gula2 tu biar byk skit. nnti bia gigi susu tu abis sume. baru la cepat besar (reverse saikology)

itu sajelah..adios

10 December 2010

Mari nyusun jadual kelas

okeh warga UiTM anda tentu tak sabar2 nak stat kelas balik kan? dah muak ngadap facebook tiap2 ari time cuti? ha baik korg ngadap laptop wat jadual sem depan. ade sorg junior aku tnye cmne nk susun jadual..so inilah caranye

bukak page ni. ini adelah laman web iCress (ape maksud die aku xtau) ade simpan jadual utk sume fakulti kat uitm. tp sistem die bersepah2 so korg kene susun sendri


  1. pilih fakulti anda. kalau nak cek jadual untuk CTU  pilih PI - Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) dan utk dan 3rd Language, pilih PB - Kampus Shah Alam - Akademi Pengajian Bahasa
  2. tekan la submit tu. tggu ape lg
  3. klik Kod subjek korg. List die panjang so nak senang korg tekan F3 atau Ctrl+F utk carik dengan mudah dan selesa.

ha dari sini pandai2 la korg carik sendri kelas mane nak masuk. wat table dalam word atau excel utk wat jadual. kalo malas sgt ni aku sertakan skali fail Excel utk jadual korg tinggal isi je. Download kat sini

tu je la kot. xde pape yg canggih pn saje aku xde topic nak tulis blog hahaha. okeh slamat nyusun jadual

adioss..

18 November 2010

Korban

8 Disember 1941

Aku ketika itu baru sahaja memulakan tugas sebagai jurugambar untuk akhbar The Straits Times, Singapura. Kamera yang dipinjamkan syarikat aku jaga sepenuh hati kerana itulah sumber mata pencarianku. Sudah lama aku impikan kerja ini, dan peluang untuk menjadi jurugambar suratkhabar ini tidak mungkin aku lepaskan. Meskipun tidak aku tahu Malaya tidak akan menjadi seperti dulu lagi.

Tentera Jepun mula mendarat di Kota Bharu, Kelantan dua jam sebelum serangan Pearl Harbour.

 

Perang Pasifik bermula.

 

11 Januari 1942

Japanese troops mopping up in Kuala Lumpur during their advance through Malaya, 11 Jan 1942

Kemaraan tentera Jepun seakan tidak dapat dibendung. Satu demi satu bandar ditawan. Apabila Kuala Lumpur jatuh ke tangan Jepun, aku tahu Singapura adalah sasaran seterusnya. Pihak tentera mula menyediakan kubu pertahanan sekitar kota Singapura. Ketika itu aku ditugaskan sebagai wartawan perang, mengambil gambar peperangan di samping askar untuk dijadikan bahan propaganda British untuk menangkis perang saraf Jepun.

Aku mungkin akan terkorban.

 

5 Februari 1942

Invasion of Malaya file photo

Pesawat pejuang jepun mula mengedarkan risalah dari udara untuk mengajak penduduk supaya tidak melawan atau menyerah diri. Serangan kecil berlaku di Pulau Ubin di timur Singapura menyebabkan British segera mengalihkan kuasa tentera ke bahagian itu. Aku masih ditempatkan di pusat bandar Singapura, menantikan serangan yang tidak mungkin dapat dielakkan.

Kematian semakin hampir.

 

8 Februari 1942

Malam yang dingin tidak lg terasa apabila siren berbunyi kuat, bom dijatuhkan di bangunan-bangunan kerajaan, dan suara teriakkan tentera Jepun menyerbu kubu pertahan British memenuhi setiap ruang. Malam itu tidak seperti malam biasa. Malam itu seperti malam terakhirku. Dengan kamera masih di tangan, aku berlari mengikut askar yg berada dihadapanku. Tiba-tiba belakangku terasa pedih. Cecair panas mengalir.

Adakah ajalku sudah tiba?

 

11 Februari 1942

A column of smoke from burning oil tanks rising above the deserted streets of Singapore, Feb 1942

Sudah 3 hari aku tak sedarkan diri. Suasana pagi ini tidak seperti pagi yang dahulu. Sunyi. Terlalu sunyi. Tiada lagi suara anak-anak bermain. Tiada lagi bunyi peti radio. Aku gagahkan juga untuk berdiri untuk melihat ke luar tingkap. Siapakah agaknya yang membuat balutan di dadaku ini?

Jeneral Toshio. Penyelamat atau Pembunuh?

 

15 Februari 1942

Japanese General Tomoyuki Yamashita and British Lieutenant General Arthur Percival discussed surrender terms at the Ford Works Building near the Bukit Timah Road, Singapore, 15 Feb 1942

Nyawaku terselamat kerana aku adalah seorang jurugambar dan kemahiranku diperlukan oleh pihak Jepun. Jeneral Toshio yang boleh berbahasa Melayu mengarahkan aku mengambil gambar sempena kejatuhan Singapura pada hari ini. Walaupun sedih, aku masih bersyukur kerana masih hidup. Jeneral Toshio juga seperti orang yang baik. Mukanya sering tersenyum apabila bercakap denganku.

Walaupun sekarang aku bekerja dengan Jepun, semangat aku untuk membebaskan tanah airku tak pernah pudar.

Pengorbanan harus dilakukan.

 

15 Februari 1943

A Japanese soldier tending graves of fallen comrades, Malaya, circa Dec 1941-Feb 1942

Setahun sudah berlalu semenjak penjajahan Jepun terhadap Malaya dan Singapura. Aku masih dengan tugas sebagai jurugambar yang merakamkan kebaikkan tentera Jepun untuk diedarkan ke kawasan-kawasan kampung. Aku bukan tali barut. Aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Perkenalan rapat aku dan Jeneral Toshio menyebabkan aku mudah keluar dan masuk ke pejabat pemerintahan tentera.

Tiada kebebasan tanpa pengorbanan.

 

6 Ogos 1945

Sudah hampir 3 tahun tetapi aku belum mengambil apa-apa tindakan terhadap Jeneral Toshio. Tetapi hari ini akan mengubah segalanya. aku menggenggam pisau kerambit erat-erat sambil diselindung oleh kamera. Perlahan-lahan aku membuka pintu pejabat pentadbiran. Pemandangan pelik telah membuatkan aku membantutkan hasrat membunuh Jeneral Toshio. Beliau sedang menangis teresak-esak. Suara radio mejelaskan segalanya. Seluruh keluarga Jeneral Toshio yang berada di Hiroshima terbunuh angkara bom atom yang digugurkan oleh pesawat Enola Gay.

Pengorbanan untuk kedamaian.

 

15 Ogos 1945

Maharaja Jepun, Maharaja Hirohito telah mengisytiharkan kekalahan tentera Jepun dalam Perang Pasifik melalui siaran radio. Aku bergegas berlari ke pejabat Jeneral Toshio. Semua pedangnya aku sembunyikan. Aku tahu beliau akan melakukan seppuku kerana orang Jepun yang taat pada Maharaja tidak boleh menerima kekalahan.

Jeneral Toshio melangkah masuk kedalam pejabat longlai mencari pedangnya. Airmata beliau berderai apabila mengetahui niatku untuk menghalangnya membunuh diri. Dipeluknya aku erat-erat seakan kawan baik yang tidak akan berjumpa lagi.

Kalaulah dia tahu perasaanku dahulu dan sekarang.

 

12 September 1945

Jepun secara rasmi telah berundur dari Singapura. Jeneral Toshio dan tenteranya telah pulang kembali ke Jepun. Aku mesti mula mencari kehidupan baru. Dalam keadaan kucar-kacir pasca peperangan, tidak ada tempat untuk seorang jurugambar mencari rezeki. Aku tak gentar lagi untuk melakukan pengorbanan.

 

Apakah pula pengorbanan anda?

17 November 2010

Dr Lav: Formula Rangga

*arini Dr. Lav cube nak cakap dalam inglish*

i hev bin bizi for a wail nau bikos i stadi not finish. tudey i finish mai las paper exam en i wan tu tulis balik mai blog after not tulis long long taim

ok, itu sgt pelik. maka dengan last paper gua berlalu pergi dgn jayanya pada hari ini, maka gua dah pun berjaya menamatkan semester 4 dengan jayanya, maka gua ingt nak tulis balik blog yg dah lama kene tinggal ni dengan jayanya, maka gua pun dah takde idea nak tulis ape dgn jayanya, maka dengan itu aku nak perkenalkan kat korg Formula Rangga yang telah terbukti dengan jayanya.

QUESTION 1

Please explain briefly about Teori Rangga and it’s origin (25marks)

oh, mcm soalan exam lah.

Teori Rangga ni gua dpt mase layan cite Ada Apa Dengan Cinta. mase tu form 4/5 kat skolah teknik. ala,time tu hormon membuak2 dan keinginan utk berkapel adelah tinggi. Sape xpenah tgk cite Ada Apa Dengan Cinta? ha anda yg xpenah tgk bole pegi mati skg. hero dlm cite ni adelah Rangga, seorang mamat yg bajet cool muke ketat tp ade awek cun minat kat die.

maka selepas gua tgk cite tu, gua terfikir…tapi gua tak ingat gua fikir ape. oleh itu gua fikir balik…ha..kenape tidak aku cube menjadi rangga selama seminggu kat sekolah? okey, sebelum itu, kite kene kenalpasti camne nk jadi rangga.

  1. muka mestilah kacak (done)
  2. tak bole senyum sepanjang peRanggaan
  3. hanye bercakap apabila ditanya, itupun sepatah
  4. time kelas duduk baris blakang skali, sorang2
  5. elakkan sebarang perhubungan (bersembang, gelak2) dgn sape2 pn

 

senang ckp anda akan jadi seperti gambar dibawah:

  1. nottalking

tapi jgn wat muke sengal, ekspresi wajah adalah sangat penting. kalau diperhatikan, muke rangga same je xde ubah2. muke die mcm marah, dengan kening yg ditekan seakan menahan kemarahan. senang ckp ko try la wat muke cmni

rangga

ha..dapat tak? maka sekarang anda dh siap sedia utk menjalankan teori Rangga.

Fasa ‘takde pape…’

fasa awalan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi kerana korg tak bole bersembang kosong LANGSUNG. hanye bercakap bende yg perlu saje. elakkan dari bertanya soalan. kalo xde org tanye mmg xbercakap 1 hari la jawabnye korg. dalam fasa ini korg akan ditanya soalan yg sama iaitu : Ko kenape? Demam ke?.

kalau soalan ini dh ditanya, maka fasa pertama ini sudah mencapai objektif. soalan itu haruslah dijawab dengan jawapan ini: Takde pape..

Jawapan itu harus diulang walaupun rmai yang bertanya. tolong jgn tambah apa2 pada ayat tersebut, okey.

Fasa “aku cakap xde pape la..”

selepas fasa pertama berjalan dengan lancar, korg dah bole masuk fasa kedua, ala senang je, korg stay meRanggakan diri sampai la target korg tanye soalan ni : Ko kenape wei? risau la aku tgk

Maka jawapan utk soalan tersebut : Aku cakap xde pape la..

boleh juga ditambah dengan perkataan ‘tak paham bahasa ke?’ , atau ‘ko jgn sibuk hal aku’. perlu diingatkan jgn mencarut atau memaki target kerna ia akan melukakan hatinya yg rapuh umpama kaca terhempas ke batu caves.

Fasa “sayang gk ko kat aku kan?”

ni fasa terakhir sebelum korg nk mengabiskan keRanggaan dirimu itu. fasa ni tak selalu berjaya psl kalau lama sangat korg Rangga, org lain dah muak nk tanya. fasa ni bole dikenalpasti bile target korg mula bertanye secara peribadi pasal keRanggaan korg melalui medium yg berlainan seperti, sms,surat, emel atau facebook. di kala ini bole dikatakan Teori Rangga ini dah mencapai objektifnye.

ape objektifnye?

ha..ini utk mengukur kadar keperihatinan target korg.kalo dh lama korg meRanggakan diri pun die wat bodo je, korg xpyhla berharap sgt. kalo die terus bertanya sempai fasa ketiga, maka bole la try ayat masuk jarum mane tau lekat plak ahahaha.

so, kepada sesiapa yg nk try tu try la atas risiko anda sendiri. kalo jadi kawen jgn lupe jemput gua ye ahahaha

Love,

Dr.Lav

21 October 2010

Tak sama tapi bersama..

aku dan dia

aku : minat tgk cite omputeh ngn cite jepun
dia : layan drama melayu leleh-leleh airmata

aku : sgt tak suka membaca kecuali sokabar
dia : layan novel cinta leleh-leleh airmata (lagi?)

aku : sangat meminati teknologi dan gadget terbaru di pasaran
dia : owh, rupenye facebook bole main chat ye?

aku : makan untuk hidup
dia : jangan kacau aku nak makan

aku : aku bizi, tak bole msg
dia : xpe, dah bizi nk wat cmne..(merajuk seminggu)

aku : saya hanya boleh berbahasa melayu slanga KL
dia : apa hang ingat aku tak bole cakap KL ka?

aku : perancangan itu penting beb
dia : ala tgk la dulu..

aku : blaja rajin-rajin nnti keje senang kumpul duit
dia : nasib baik die nak keje rajin-rajin...muahahaha

dia : perempuan memerlukan minyak wangi yang banyak
aku : mandi sekali sehari menjimatkan air

dia : siang malam merindu
aku : rindu? ape tu? (buat-buat kental)

dia : sori awak, saye dah berpunya
aku : sori awak, jadi yang no 2 bole?

dia : time keje tido
aku : keje time tido

dua insan tak sama, tapi bersama. yang sama hanyalah:

dia : sayang awak
aku : sayang awak gak

**gile jiwang aku arini hahahaha**

02 August 2010

sayangi la thesis korg

sem ni gua dah kene propose tajuk utk thesis gua. gile la mmg cepat masa berlalu tau2 je dh kene wat thesis. mcm x ready pn ade gk huhuhu.

cite psl thesis ni, mase aku sem 1 dulu gua pi solat jumaat kat masjid UiTM, ade la mamat yg melekatkan nota yg sgt kesian bunyiknye. nota yg merayu kepada pencopet laptop die yg tertinggal kat masjid tu agar dipulangkan ke pangkuan ownernye kerna dalam tu ade thesis yg sgt berharga. so sejak dari kejadian itu, gua berazam utk tidak menjadik mcm mamat tu xpasal2 kene ripit thesis. gua nak abis on time beb. nak keje cepat awek tgh tggu gua masuk meminang tu kang kene kebas naya je.

maka dipertemukan la aku ngn software yg bole menyelamatkan awek aku dari dikebas orang pasal aku lmbt masuk meminang. software Dropbox ni adelah sejenis software cloud. apemende cloud ni? meh sini gua terangkan skit.

 image image

visi pc pada masa akan datang adelah: segala2nye ade di internet. maka hardisk korg juge di internet. yg bagus pasal cloud computing ni, korg bole akses file korg bile2 masa je janji ade internet. malah, operating sistem korg pn skg bole jadi cloud, contohnye Jolicloud. sgt best terutamanye utk laptop2 yg semakin kecik skg ni.

ade paham itu? ha so berbalik kepada Dropbox ni, konsepnye senang je.install software die, pastu akan ade satu folder yg dibuat dlm pc korg bernama Dropbox. maka ape2 saje yg korg letak kat dalam folder ni akan diuploadkan ke akaun Dropbox korg kat internet secara otomatik. gile senang xpyh pening pape pn. yg bestnye lg, utk akaun Dropbox yg free, mereka dgn bermurah ati bagi korg 2Gb free je. mcm ade sebijik pendrive gk internet plak.

Capture

Capture3 lihatlah dunia, semua yg dalam folder Dropbox di pc dah diupload ke internet. takde ilang2 lagi

ade lg best ni. disebabkan Dropbox ni mengamalkan sistem MLM, maka kalo korg invite kawan korg utk gunakan Dropbox ni, maka korang akan dapat tambah lg space kat account korg tu sampai jadi maximum 8Gb.abang tak pyh carik downline bang. abang masuk je program kite ni, carik orang bawah sikit2 pastu bole goyang kaki. kite nak tolong orang melayu ni bang. abg tgk la saye masuk baru seminggu untung dh juta2 (aku mula merepek…)

Capture2

ini bukan Skim Cepat Kaya. ini mau tolong bukan ahlong

so..kesimpulannye di sini, gunelah Dropbox! sgt mudah utk digunakan! yg penting ianya free! ianya bole menyelamatkan asaimen/thesis anda!  dan kalo anda klik link dibawah ni anda akan menyumbang kepada tambahan space saye di Dropbox! tlg la klik! tlg la! penat kot gua taip post ni! TOLONG LA!!!!!

Klik sini ek. kite berdua akan dapat space tambahan. Btol ni tak tipu.

ADIOS..TOLONG LA KLIK!!!

30 June 2010

Bukannye tak pandai..

ade sorg member lama gua ni tanye kat gua..

Polan: man, best tak sambung blaja?

Si hensem: bole la..stakat ni ok la. walaupun dah tukar kos tapi ok la not bad.

Polan: bagus la man. aku nak sgt sambung blaja kalo bole man. ko blaja la betul2 man senang anak bini ko nanti.

Si hensem: .....

ade sorg lg member gua tanye kat gua..

Polan-polan: man, apesal ko hensem?

hehe..ok ok serius balik

Polan-polan: man, lepas diploma nanti ko nak sambung ke tak?

Si kacak: tak tau la. aku ingt nak keje dulu la. blaja tinggi pun aku tgk gaji lebih kurang je.

Polan-polan:ko tak bole macam tu man..ko bole sambung man aku tau ko bole.
(brape banyak bole da...)

Si kacak: tau la tau la. tgk la cmne dulu.

Polan-polan: kite blaja bukan nak gaji beso man. kite blaja pasal org kampung kuat bercerite. anak saye ade degree, anak awak?

Si kacak: ....

oleh sebab gua ramai peminat, ade lg sorg member tnye gua..

Polan3: man apesal pompuan lg terer dari lelaki?

Si tampan: pasal diorg mmg pandai?

Polan3: salah..pasal diorg rajin. lelaki bukan tak pandai, malas je banyak

Si tampan: betul tu. lelaki malas je nak pandai, kalo tak ramai plak lelaki bijak.

Polan3: ....


ni bukan member tnye gua, ni kisah benar abg gua seorang bekas pelajar politeknik

Pakcik polan: byk shopping. nak masuk asrama ke?

Abg gua: haah pakcik. ade la beli barang sikit2

Pakcik polan: ooo ni masuk sekolah mane?
(sekolah lutut lu. muke dah janggut gaban sekolah hape)

Abg gua: nak masuk poli, pakcik

Pakcik polan: oooo...bagus la jadi polis.

Abg gua : .....(sengal)


**post ni khas utk sume yg telah byk mensapot gua utk meneruskan pelajaran ke peringkat degree. juga kepada KAS JURU UKUR BAHAN SDN BHD yg telah meyediakan tempat yg best utk gua praktikal selama 32 hari. akhir kata, belajar la rajin-rajin. bukannye tak pandai..malas je byk**

28 June 2010

Binatang pelik : Muntjac @ Rusa bertaring

Yeah! siri binatang pelik kembali lg denan lebih banyak haiwan yang pelik! yeah! aku sgt excited! tak tau nape! terlebih hormon kot! yeah!

kali ni kite akan ketemu dengan menatang yang tak pelik sgt, pasal rusa ni agak common la di negara kita Malaysia yang amat ku cinta ni. tapi tahukah korang, bahwasanye di donia fana ni ujud spesis rusa yang bertaring? kite terjah utk satu kepastian..

~~sile bygkan dlm palaotak korg lagu Terjah-Amy Search berkumandang~~

saye skg bersama2 dgn cik Muntjac yg kelihatan sedang melarikan diri dari lensa kamera. eh eh nak pi mana tu cik Mun?

err err sori ye no komen. (sambil menolak kamera dan mengenakan cermin mata hitam)

ala cik Mun saye mai jauh ni nak interview. sporting la sikit..

err err i takde pape ngn rimau tu.. sumpah.

ahah! ini la yang kite carik. adekah kehadiran taring pada anak-anak cik Mun ni adelah hasil hubungannye dengan encik rimau? kite perlu terjah. oit kameraman ko snap gambo cik Mun kite skit.

**klik!**


demm. gile beso taring. sah, dah sah cik Mun kite ade skandal ngn rimau.

mane ade gile la korg ni. i mmg takde pape la ngn rimau tu. u tak tau ke umo rimau tu dah brape..anak dah beso..kawin cerai awin cerai brape byk kali..telur die pn dah...

opp. ok stop stop tak sesuai untuk bacaan adik2 kite.kang ade yg kene baling nanti. ok la cik Mun kitorg just nak tau je dari mane cik Mun dpt taring tu. rusa lain rilek je takde taring?

rusa lain local. i original tau. parent i sume ade taring ni. family i lain dgn rusa lain. family name kitorg Muntjac. u all search la kat wikipedia. my family je ade taring cmni tau. i ni spesis chinese water deer so i pnye taring besar skit. yg lain ade gk tp kecik skit la.

owh. so konfem la ni takde skandal ngn rimau ye?

astaga. u all ni penah kene takuk kat kepala pakai taring i tak? u tgk la video ni i dgn hubby i dalam zoo.



u all tgk..i skg very happy with my hubby. siap masuk tv kot. so i mmg takde pape ngn rimau. please jgn wat fitnah ok.

ok ok cik mun kitorg tak fitnah pn. just nak carik kepastian je. tapi ade lg satu cite pasal cik Mun ni yg tak brape elok le kite nak dengar. org cakap cik Mun ni suke menyalak. betul ke? cik Mun ni hanjing ke rusa.

u ni mmg nak kene gigit kepala betul2 ni. i mmg menyalak la. i bukan macam rusa biase. family Muntjac juge dikenali sebagai The Barking Deer. bunyi we all tu panggil member2 bile ade bahaye bunyik mcm anjing menyalak skit. kalo u nak tau, hanjing2 sume blaja vocal dgn i la.

owh tak sangka cik Mun ni guru vocal ye.lepas ni kite pi karaoke same2 ye. cik Mun blanje.

palaotak u hahaha.

hahaha kasar gak bahasa cik Mun. nasib baik la taring tu beso kalo tak mmg saye dah letup kepala cik Mun. ok cite balik pasal taring tu. nape kitorg tak penah dgr pasal spesis cik Mun ni?

family i dah lama wujud okey. in fact family Muntjac dah wujud 15-30 juta tahun yg dahulu kala tau. maybe itu pasal la we all sume ade taring. ye la time tu dinosaur byk jalan2 kalo takde taring mati la family i. then we all dah develop suara vocal menyalak tu utk menyelamatkan diri dari pemangsa. tapi family Muntjac ni adelah spesis rusa yg berani tau. u jgn nk dekat2 sgt dgn anak i siap la i gigit pale u nanti



"smart tak tengkorak family i ni?" ujar cik Mun penuh bangga

owh gile la lain macam je taring tu takde sambung ngn gigi lain. kire macam gading gajah la ye.
yup2. mmg dah masuk kategori gading pun. nasib baik tak besar kalo tak dah lama i pupus hahaha

hoho ok la cik Mun kite dah xde byk masa dah ni. ade pape ucapan terakhir tak?

utk sume paminat vampire jgn lupe saksikan Twilight Saga: Eclipse di pawagam yg berhampiran anda. i jadi extra dalam cite tu. kalo u nak tau i la mentor yg ajar Robert Pattison tu berlakon.

iye la tu cik Mun..ok2 kite dh nak stop ni. cepat bye2 kt peminat


"jgn nakal2. gigit nanti tau la", kata baby cik Mun

itu sajelah. adiosss

25 June 2010

A rider in need, is a rider in deed.

**ayat yg digunakan dalam post ni bersifat rempit. tidak digalakkan utk digunakan time exam, interview, atau merisik makwe korg. mau pengsan bakal abah mertua ko nnti. **

jam menunjukkan pkl 5.30 petang...

ape lagi yob, balik la. bkn naik pn elaun praktikal tu stay lama2. malam ni Belanda lawan Denmark kot.

maka oleh itu gua pn kemas barang, start enjin Honda gua, dan terus memecut belalang tempur itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

aisey jem la plak. ni la masalah ngn shah alam ni byk sgt bulatan. nasib la Honda gua tu slim bole mencilok melalui liku-liku kehidupan.

hoh. akapah itu? eh silap. apakah itu? sekonyong-konyong mata gua yang setajam helang ini mengesan sekujur tubuh berhelmet terbujur kaku melintang patah kat tengah-tengah jalan kat bulatan tu.

pilihan dalam otak:
A) saksikan episod perut org terburai dilanggar pacuan 4 roda dan kereta-kereta lain dibelakangnye?
B)memecut laju sambil mengambil bahagian dalam episod memburaikan isi perut orang?
C)membuat reasonable rider action. perlakuan biase para rempit apebile melihat para rempit yang lain bersepah ditengah jalan

ahh..gua rider mane sampai ati tgk moto LC tu sorang-sorang atas jalan. so gua pn brentikan moto dan tolak moto tu ke tempat selamat. owh, owner die blom mati lah. ade mamat rider yg lain tlg angkat die pegi tepi bulatan.


View Larger Map
disini la beliau bersepah

ahh takde luka mane pn. calar sikit je. bikin gempak la lu mat. ni nak kene anta klinik nak basuh luka kang tak market plak pipi dah luka berdarah-darah

nama ko sape mat

tak ingat la bang

uik? ko dok mane mat

tak ingat la bang. ni kat mane ni bang

*ilang ingatan budak ni...*
kat shah alam la. oi ko takde ingt ape-ape ke? ko dok ngan sape? dok sendiri ke dengan parent?

tak ingt la bang. camne saye bole jatuh bang?

mane aku tau. tibe2 je ko superman atas jalan tu. ko makan ke tak ni. ko amik ganja ke

ish mane ade bang. isap rokok pun tak

*yang tu ingat plak*
meh sini wallet ko aku nak cek ic. ko keje sini ke. ko pkai baju kilang ni
*macam polis la plak*

saye praktikal kot bang. saye blaja kat univeriti Nottingham

uik?jauhnye? kesian..mesti otak die dah jem ni. jap aku search kat google..


owh. mmg ade pn. kat semenyih rupenye. untuk lebih info, sile klik sini
*mcm iklan la plak*

masyaallah..camne saye bole jatuh bang?

aku tak tau la. tetibe je nampak ko dah jatuh. meh sini enset ko. bia aku kol sedara mara ko

enset takde bateri la bang

*ape la malang sgt nasib ko ni.msti tak mandi pagi ni*
takpe meh sini simkad ko call pkai enset aku
*aku pn kaye keje cap duit takpe la*

halo, bang,ni adek awak bersepah kat shah alam ni. ha ye idop lg. tapi otak die sengal-sengal skit. ilang ingatan sekejap.abang bole datang tak amik die. takpe saye tunggu. bola pun lambat lagi. ha ye ye. ok ok.

lalu gua pn tolak moto die ke tempat yg selamat dari penyamun jalanan. walaupun LC die dah bengkok handle, tapi masih ok. dan hati gua terdetik nak memculik LC tersebut. tapi kesian la plak. ahh bia je la. abg ko dtg nanti aku blah la malas nk stay lama2

sementara gua dgn kuat dan bersemangatnye tolak moto budak tu, beliau telah ditompangkan oleh sorg brader berkereta pegi stesen minyak yg terdekat. mule-mule gua ingt brader ni yg langgar mamat tu. dalam ati mmg nak letup je kepala brader tu ngn helmet. tapi tengok2 kereta die ok je. memang mamat ni jatuh sendri la..tak elok buruk sangka ish3..

maka menunggu la gua ngn mamat yg sengal itu. tuhan saje yg tau perasaan gua utk tidak mebelasah mamat ni. pasal ape? setiap 5minit die tnye soalan yang sama. ilang ingatan la katekan. sampai gua malas nak layan bia la lu cakap sorang2.

maka tak berapa lama kemudian (lame la gak sebenarnye. ade la 2jam gua tggu) abang mamt ni pn sampai. gua tak sabar nak balik uma tgk bola ni. adek lu bikin spoil program gua la.

dah tu apesal aku tggu?

ntah?

psl aku jua rider sepertimu?

yg mungkin akan bersepah pada bila-bila masa?

lepas abg die angkut mamat tu pi spital nak scan palaotak, gua balik muke senyum je. tak tau nape. india bwk tong gas kat traffic light pn heran. jgn die bajet gua nk ngorat die dah la. ish goli den

dan dengan ini gua nak ucapkan selamat ari raye..eh2 silap. selamat meriderkan diri kepada sume rider. ingt, jalan bukan tempat berlumba. jalan yg kosong baru la tempat berlumba. jgn lumba time kereta byk nanti eksiden.

itu sajelah. adios

03 June 2010

Perihal buang anak dan Merdeka

baby_puppy

mcm hanjing

hanjing pn x macam ni

apesal marah2 ni?

skg kan tgh musim

bukan musim mengawan la. hish

musim buang anak la skg.

ingt baby tu sampah ke

zaman skg sampah pun orang xbuang, sume recycle.

dah la buang merata2

ingt ade org nak kutip baby ko tu.

yg peliknye mcm musim la plak

‘marilah kita beramai-ramai buang anak’

hutak anda

bende ni jadi bermusim sebab

MERDEKA

Malaysia yg merdeka

anak-anak merdeka

bebas buat ape saje

maka pada 31 Ogos

sume projek

tu pasal jadi bermusim

sume bunting time yg sama

cek kalendar korg

9 bulan kebelakang

bulan ape?

MERDEKA

so, kepada ibu bapa/penjaga

adalah dengan ini pihak kazuyathinkingroom ingin memohon

agar jagelah anak-anak anda time MERDEKA

jgn kasi MERDEKA sgt

kalau perangai anak anda mcm hanjing

anda mungkin parent yang hanjing

hanjing adelah tanggungjawab hanjing

kalau anak anda manusia

jadilah parent manusia

 

**bukan marah..geram je**

 

adios..hanjing

05 May 2010

abis sudey..

arini gua baru abis paper last gua. lega gile beb terasa ringan palaotak ni dah xpyh nak ngadap nota. yang menjadik masalahnye 17hb nnti gua kene praktikal plak.ciss xde cuti gua tahun ni penuh dengan perkara ilmiah je.tggu masa la aku pkai spek tebal seluar cikang bwk beg berat2 (jadik nerd la tu)

di kesempatan ini juga gua nak mintak maaf kerna sem ni gua sgt la jrg update blog. sebulan ade la skali kot.tu pun tulis bende merapu ntahhapehapentah.kerna sem ni gua dah jadik presiden Sekretariat Mahasiswa Fakulti FSPU. bagi sape yg xtau, Sekretariat Mahasiswa Fakulti FSPU ni adelah pertubuhan pelajaryang tugasnye membantu MPP dalam menjalankan program pelajar. atau dalam bahasa kasarnye kuli MPP la. ahh lantak la kuli ke hape ke, gua ade sijil. korg ade ke..hehehehe (blagak)

silap besar la diorg lantik aku jadik presiden. sampai skg gua xtau nape diorg nak lantik. mungkinkah kerana aku kacak? mungkinkah kerana aku bergaya? atau mungkinkah aku ade iras2 fahrin ahmad? hanye tuhan saje yg tau.. yg aku tau aku xreti nak jadik presiden. aku wat cara aku je la.dah bertahun idop xde plak aku jadi ketua.kalo jadik pn msti team aku hancur muahahaha.

disebabkan gua skg dah jadik presiden, maka kehidupan adelah **sedikit** bizi. em…silap tu. kehidupan adelah **terlalu** bizi. tu yg agak risau ni pasal takut pointer jatuh. dah la sem lepas pointer macam haram. bende haram jgn diharamkan lg. kang xpasal2 sibuk nak jadik presiden kene tendang uitm plak. ahh sape soh lantik aku.ingt aku nak ke ha

tapi org dah bg kepercayaan tu kene la terima dgn mulut yg terbuka..eh silap. hati yg terbuka..kerna bukan sng nak kasi orang percaye kat kite. silap besar la korg. ingt aku baik ke muahahaha. **ehem**

aku ikut cara aku. kalo xpuas ati bgtau. gua xde hal beb. tapi jgn la over sgt.kalo lu dah bagus lu jadi la presiden tgk bagus ke x.setakat ni anak2 buah gua okey. stakat lari 180 kat jalan istana menuju bulatan kuching xde hal beb (aku presiden rempit ke?)

tgk la kalo rajin aku update lg blog ni. tu pun kalo kat opis nnti diorg bagi bukak blog huhuhu.

ok la tu saje kot. adiosss

**kalo ade anak buah yg baca, aku xde tuju kat sape2. gua syg lu orang sume.idop rempit**

23 April 2010

Musim mengawan datang lagi..yeeha.

skg dah masuk bulan april..bulan mimpi ngeri kerna gua ade final exam bulan ni. macam siot cepat je masa berlalu gua rase mcm baru bulan lepas gua register sem baru, skg dh nak abis dah. yang bertambah gua menyampah cuti sem ni gua xde cuti sem...sepanjang 2bulan cuti ni gua kene praktikal. mcm siot. korg xpyh la tau mane tempat gua praktikal nnti abis kene serbu peminat. marah bos gua nnti hehehe.

arakian pada bulan ini jua gua nampak para munyet2 kat fakulti gua ni rmai yg nak masuk musim mengawan. gua ingt mase time skolah je ade cinta munyet ni..dah masuk u pn same je bermunyet2 sume orang. hebat sungguh penangan musim mengawan ni sampai ikan gapi kat bilik timbalan dekan pun dah membiak. nak penuh akuarium die dgn anak ikan gapi tu.

kenapekah ade musim mengawan? dah kite ni dijadikan berpasang-pasangan tu psl la terjadinye proses kawan-mengawan ni (betul ke ayat aku ni..). rembesan hormon2 testeron dan feromon adelah berada pada tahap kemuncak pada ketika ini sehingga kaki pakwe yang berbau mcm lahanat pun awek bole ckp wangi.  ya..cinta bole membutakan segalanya..dan juga membutakan hidung sampai xkenal busuk ke wangi. dah sayang nak wat cmne ye tak?


mengikut analisis gua (chewah..) musim mengawan untuk manusia student adalah pada pertengahan bulan 4 sehingga awal bulan 6. ketika ini anda akan dapat perhatikan rmai manusia student yang kuar dating, dan rmai juga yang mengadakan ritual memikat pasangan dengan membazirkan duit beli bende pelik2 bagi kat pasangan masing2. bagi coklat la, teddy bear la, hadiah ntahpape la..mengkayekan orang Kedai 5hengget je.

walaupun begitu, gua juga tidak terlepas dari terkene tempias musim mengawan ini. muke gua ganas, tapi dalam ati ade taman beb (cube teka dialog filem ape ni). cume bajet gua je yang xmampu nak beli barang duniawi untuk diberikan pada awek gua..cukuplah dgn kasih sayang yang tidak ternilai harganye..hehehhe.

gua suke tgk korg ni kawan-mengawan ni. bagusla korg belajo jadi orang yang reti nak menegur kaum lain jenis ni. ate pakcik ghase elok bebeno la kome bedue kawen cepat2 pasalnye anak pakcik ni ghiso jugak pakcik nengok. umo dah lanjut takde le oghang dtg meminang mcm kome ni. pakcik takde le nok letak mahal sgt..cukup la kalau pakcik menghase naik mercedes sebijik. makcik kamu tu pun doh jemu pkai zhulian. gatal tangan katenye. elok le kome belikan ape2 kasi beghat sikit tgn makcik kome tu. bukan oghang lain pun..bakal mak mertua kome gak.. (melalut ckp Perak)

antara sindrom musim mengawan ni adelah:
  1. bile main msg die senyum2
  2. bile makan die senyum2
  3. bile mandi die senyum2
  4. bile tido die senyum2
  5. bile orang marah psl ape asyik senyum je, die masih senyum2
  6. bile kene lempang pasal asyik senyum, die msg awek/pakwe mengadu. pastu senyum2
  7. bile member ajak lepak, die senyum2. pastu ckp xnak lepak skali pasal nak dating.
  8. bile ujung minggu die lesap, dating sambil senyum2
  9. bile jumpe doktor gigi, doktor marah pasal die xreti nak bukak mulut, tau senyum je.
  10. bile gadoh ngn awek/pakwe, baru la die reti nak masam. hah. puas ati aku
ape2 pn, gua mmg xde hal ngn orang yg dalam proses kawan-mengawan ni, janji xlupe member. kalo lupe pn gua xheran la..org tgh mabuk bercinta mmg gitu. gua dulu pn cmtu gk, tapi xde la obvious sgt. biase la muke ganas xbole la nak taman-taman sgt.

hohoho maka kering la sudey idea gua. so dgn ini gua nak ucapkan selamat mengawan kepada sesiapa yang dalam proses kawan-mengawan ni. nnti kalo ade mase gua tulis pasal musim cerai-berai plak ek.

adios..

22 March 2010

Sapotlah De Raimwiver (The Rhymeweaver)

sebuah cerita klasik…

tersebutlah kisah..

sorg mamat bernama De Raimwiver

minatnye kepada hiphop

xtau kenape

kenan negro mane ntah mase dlm perut

muahahaha

beliau belajar pandai2 sampai ke oversea

tapi malangnye negara oversea yg beliau sedang belajar itu tiada negro

maka beliau menegrokan diri

menyanyikan lagu hiphop

sebagai pengubat hati yang duka lara

teringat kampung halaman

 

Ya..arini saye akan mereview seorang pendatang baru yang Sangat asing dalam dunia hiburan. xde sape yang mengenali beliau, malah beliau ni bukan artis pun. oleh itu beliau tidak pernah dijemput oleh mana2 majalah hiburan. mujurlah www.kazuyathingkingroom.co.cc sedia membantu di kala kesusahan.muahahhaha

Berpengkalan di New Zealand, Norazam aka The Rhymeweaver sedang cuba mencipta nama dengan mengubah lagu hiphop yang 80% aku xpaham pasal english tinggi sgt. aku rase kalo agak2 MUET korg dapat band 80 bole la paham kot. pasal gua rock dan bukannye hiphop, maka gua pun xbole nak cite panjang pasal lagu2 beliau. tapi ade 1 lagu melayu beliau yang gua bole layan skit bertajuk Jangan Pandang Belakang, dipetik dari album THE MIXTAPE SERIES VOL. 3: SUPER-NATURAL HORROR IN RAP MUSIC

Rhymeweaver Supernatural Horror in Rap Music cover

sila klik sini kalo xmalu nak download

bile masekah mamat ini mempunyai album, sedangkan beliau bukanlah seorang artis? sebagai independent artist, beliau mengeluarkan ongkos sendiri untuk mixing, recording dan hape lg ntah utk menerbitkan mixtape beliau secara online. beliau pun bukan ade duit sgt, saje mengade2 nak buat album. bajet artis la. muahahaha

dah minat nak wat camne kan..gua pn minat menyanyi tp setakat kat karaoke je la. kire The Rhymeweaver ni sgt bersemangat la sampai beriye sgt wat keje yang tak berapa berfaedah ni. antara pencapaian terbaik beliau adelah lagu beliau pernah diputarkan skali kat Hitz.fm dalam slot utk underground scene punye music. tu die yg bgtau aku la..xtau la die tipu aku ke tak. muahahaha

oleh itu jikalau anda nak mendengar sorenye bercakap laju2 dalam lagu, sile la layari http://rhymeweaver.blogspot.com/ utk menyapot beliau dalam ape cara sekalipun. nak kutuk pn xpe ape gua pedulik muahahaha.

tu saje kot..adios

27 January 2010

Makan Review: Gerai Bawah Pokok Padang Jawa

ya..aku nak try wat review tempat makan yg best dan yg xbest sepanjang aku melantak di sekitar malaya ni. semoge dgn oost2 yg akan dipublishkan nnti dpt la korg mengelakkan diri daripade mengalami pengalamn pahit makan tempat yg xbest. bia aku try dulu kalo best dtg la rmai2 makan kat tempat yg telah mendapat kelulusan dari aku tu

sebagai pembuka tirai aku nk review kedai yg best kat padang jawa ni. kat bwh adelah fast fact tentang gerai tersebut.

Nama kedai : xtau. sume org panggil kedai bwh pokokje.

Kategori : gerai kampung

Lokasi : Jalan padang jawa, sebelah umah beso 2tingkat, bawah pokok.

Keistimewaan : Nasik goreng byk gile barbs. sampai menimbum2 die kasi

Harga : Standard (berdasarkan benchmark nasik goreng biasa RM3.50)

Mendapat nama dari lokasi gerai ini yg terletak dibawah pokok, aku pn makan kat sini pasal xjauh sgt dari uma sewa aku. ade la2minit kalo naik moto.kalo dari Seksyen 7 dalam 5minit kalo xjem la. Dibuka dari pkl 6petang sampai pkl 12 malam.

DSC00186

gerai punye pasal, pokok dapat nama

Gerai ni sgt seswai utk org yg tgh lapar gile, duit xbrape byk, dan makan xbaca bismillah. pasal sepinggan nasik goreng biasa die sama mcm 2pinggan nasik goreng kat tempat lain. org yg perut kecik mcm aku xmampu menghabiskannye kecuali xbace bismillah kerna setan akan makan bersama aku.

DSC00192 pakcik ni perli aku soh makan byk2 kasi gemuk ke..menimbun nasik ha..

Gerai ini sgt2 ikhlas berniaga kerana mereka tak kedekut letak daging byk, ayam banyak, udang pn beso2.harga biase je kalo die letak mahal pn gua xkisah pasal kuantiti makanan yg byk. Astro pn ade bole la lyn2 sementara tunggu makanan sampai. semasa survey aku dijalankan , makanan utk 3org mengambil masa 25minit utk sampai. not bad blom sempat lg utk aku mencarut kelaparan. diorg masak kat belah depan so sng la korg nak carik ntah2 ade tikus dlmkuali diorg. stakat ni ok je bersih standard gerai aku tgk.

DSC00194

beso udang beb. bole kene gout cepat gua mcm ni

DSC00185

layan astro sementara tggu makanan. sape dok depan bole tukar channel

 

DSC00187

masak depan mata. xtahan idung aku asyik hacim2

ok la dah byk sgt sesi memuji-muja ni..skg tibe la kite ke sesi mengutuk plak.

xde la nak kutuk sgt, just geram org ramai sgt. kalo nak makan malam kat sini dtg paling lewat pkl 8.30pm kalo x msti xde seat kosong dh. ye la gerai kecik nk wat cmne. pastu makanan pn agak lmbt sampai, tapi berbaloi tggu sebab nasik die byk.

so..kesimpulannye dtg la makan kat sini. best, murah dan byk.

adios..

**ni senarai menu die utk kegunaan korg**

DSC00190 DSC00191

25 January 2010

ink blogging

apekebendekah ink blogging ini?

ha ni la nak habaq kat hangpa suma ni trend yg agak baru utk makhluk yg ade laptop cucuk2 (tablet pc la tu) seperti saye ni. ink blogging ni same je mcm wat blog biase, just die tak taip post, die pkai tulisan sendiri. so ink blogging ni lebih menampakkan keperibadian blogger tersebut. dan yg lg best, org xbole nak copy paste cerita die pasal nnti kantoi bodo je la.

lukisan2 atau sketch yg menarik bole gk dimasukkan terus kedalam blog utk menceriakan lg blog.ade gk makhluk yg rajin sgt nk tenyeh laptop die tu, so die wat online comic yg simple2 je pkai org lidi tp still seronok utk dibaca. utk maklumat lanjut korg search la google pasal ink blogging ni utk tgk kot2 ade yg menarik ati. dan sempena aku dah beli sebijik tablet pc, maka aku pn teringin gk nak wat ink blogging ni. sat ye aku nk cucuk2 laptop sat.

….

blog1

22 January 2010

Awek baru: Asus T91 MT

gile la...

DSC00044DSC00045

aku berjaye membeli berjaye membeli sebijik Asus T91 MT, sebijik netbook tablet PC.Aku mmg dh lame usya bende ni time cuti sem aritu, just xde duit je huhuhu. dan pada 18/1/2010..aku dpt awek baruku ini muahahaha

apekah yg membuatkan saye tertarik dgn awek ini?

Slim

bodynye yg slim membuatkan sume jejaka jatuh chenta. skrin kecik je 8.9 inci, kecik skit dari netbook yang biasenye berskrin 10 inci.tapi gua pedulik ape muahaha

Bapak ringan

bukan abah die yg ringan ye..awek ni sendiri yg ringan. kurang dari 1kilo beb. sgt ringan la kirenye xde la patah bahu aku bwk beg laptop beso2 mcm dulu.

Bateri tahan lama gila

ikut spec die kate bateri tahan 5 jam, tapi aku test aritu 7jam tahan woo kalo xmasuk intenet. mmg seswai la utk dibawak pi kelas xperlu bwk charger. kalo bwk pn xkisah pasal kecik je charger die. awek ni pkai bateri Polymer Ion, laptop biase pkai Lithium Ion.

Touchscreen bebeh!!

bende ni la yg menguatkan jodoh aku dgn awek ni. Asus T91 MT ni ade skrin yg bole putar utk jadikkan die sebijik tablet pc. yg lg best, touchpad(utk mouse) dan touchscreen die  ni adelah multitouch bole detect 2 touch. mcm iphone la bole zoom gmbo pkai 2 jari.

Capture

Software Asus not bad

software yg dah mmg diinstall byk gk membantu performance awek ni (tapi yg lain byk menyusahkan je huhuhu). Asus Super Hybrid Engine akan mengadjust performance ikut power supply korg. kalo korg cucuk charger, maka die akan secara otomatik akan jadik high performance.

tapi..wlaupun byk best pasal awek ni, ade jugak yg xbest. diantaranye adelah:

Keyboard mcm shial

keyboard kecik tu satu hal, lembik sgt satu hal plak. mcm nk tercabut je gua dah la taip kasar2.tapi xpe cucuk je la usb keyboard ape susah

Kedekut hardisk dan RAM.

ciput gile hardisk die 32gb je. mcm siot.tapi ini adelah disebabkan awek ni menggunakan SSD (solid state drive), sejenis hardisk tahan baling anjing. ya..ini patern baru punye lu hantam hardisk die kaw2 pnye pn xde hal la mmg tahan hentakan. tapi kapasiti yg kecik hanye membolekan aku install bende2 basic je. rilek la, aku ade external hardisk 1terabyte plak..RAM die bg 1gb je tp bole upgrade la. cukup bajet aku nk tukar ram.

32bit only

awek ni pkai intel atom Z520 1.33ghz. not bad la utk netbook, tapi utk pengguna 64bit mcm akuni, terasa gk low performance die.ala awek ni aku gune utk main intenet je bukan nk main game sgt pn

Sound no,no,no

Asus terkenal dgn kehampehan speakernye. byk org komplen speaker die slow xpower.tp stakat niaku xtry lg dgr lagu kat awek ni. mane nk simpan lagu beb hardisk kecik sgt.

so tu je la stakat 3ari akumendapat awek baru ni. kepada sesiapa yg sibuk nk tnye harga, sediakan duit RM1699 ye. beli la kat Evernew Digital Mall, PJ. bgus layanan diorg aku puas ati gk la.

itu sajela kot. adiosss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...