18 November 2010

Korban

8 Disember 1941

Aku ketika itu baru sahaja memulakan tugas sebagai jurugambar untuk akhbar The Straits Times, Singapura. Kamera yang dipinjamkan syarikat aku jaga sepenuh hati kerana itulah sumber mata pencarianku. Sudah lama aku impikan kerja ini, dan peluang untuk menjadi jurugambar suratkhabar ini tidak mungkin aku lepaskan. Meskipun tidak aku tahu Malaya tidak akan menjadi seperti dulu lagi.

Tentera Jepun mula mendarat di Kota Bharu, Kelantan dua jam sebelum serangan Pearl Harbour.

 

Perang Pasifik bermula.

 

11 Januari 1942

Japanese troops mopping up in Kuala Lumpur during their advance through Malaya, 11 Jan 1942

Kemaraan tentera Jepun seakan tidak dapat dibendung. Satu demi satu bandar ditawan. Apabila Kuala Lumpur jatuh ke tangan Jepun, aku tahu Singapura adalah sasaran seterusnya. Pihak tentera mula menyediakan kubu pertahanan sekitar kota Singapura. Ketika itu aku ditugaskan sebagai wartawan perang, mengambil gambar peperangan di samping askar untuk dijadikan bahan propaganda British untuk menangkis perang saraf Jepun.

Aku mungkin akan terkorban.

 

5 Februari 1942

Invasion of Malaya file photo

Pesawat pejuang jepun mula mengedarkan risalah dari udara untuk mengajak penduduk supaya tidak melawan atau menyerah diri. Serangan kecil berlaku di Pulau Ubin di timur Singapura menyebabkan British segera mengalihkan kuasa tentera ke bahagian itu. Aku masih ditempatkan di pusat bandar Singapura, menantikan serangan yang tidak mungkin dapat dielakkan.

Kematian semakin hampir.

 

8 Februari 1942

Malam yang dingin tidak lg terasa apabila siren berbunyi kuat, bom dijatuhkan di bangunan-bangunan kerajaan, dan suara teriakkan tentera Jepun menyerbu kubu pertahan British memenuhi setiap ruang. Malam itu tidak seperti malam biasa. Malam itu seperti malam terakhirku. Dengan kamera masih di tangan, aku berlari mengikut askar yg berada dihadapanku. Tiba-tiba belakangku terasa pedih. Cecair panas mengalir.

Adakah ajalku sudah tiba?

 

11 Februari 1942

A column of smoke from burning oil tanks rising above the deserted streets of Singapore, Feb 1942

Sudah 3 hari aku tak sedarkan diri. Suasana pagi ini tidak seperti pagi yang dahulu. Sunyi. Terlalu sunyi. Tiada lagi suara anak-anak bermain. Tiada lagi bunyi peti radio. Aku gagahkan juga untuk berdiri untuk melihat ke luar tingkap. Siapakah agaknya yang membuat balutan di dadaku ini?

Jeneral Toshio. Penyelamat atau Pembunuh?

 

15 Februari 1942

Japanese General Tomoyuki Yamashita and British Lieutenant General Arthur Percival discussed surrender terms at the Ford Works Building near the Bukit Timah Road, Singapore, 15 Feb 1942

Nyawaku terselamat kerana aku adalah seorang jurugambar dan kemahiranku diperlukan oleh pihak Jepun. Jeneral Toshio yang boleh berbahasa Melayu mengarahkan aku mengambil gambar sempena kejatuhan Singapura pada hari ini. Walaupun sedih, aku masih bersyukur kerana masih hidup. Jeneral Toshio juga seperti orang yang baik. Mukanya sering tersenyum apabila bercakap denganku.

Walaupun sekarang aku bekerja dengan Jepun, semangat aku untuk membebaskan tanah airku tak pernah pudar.

Pengorbanan harus dilakukan.

 

15 Februari 1943

A Japanese soldier tending graves of fallen comrades, Malaya, circa Dec 1941-Feb 1942

Setahun sudah berlalu semenjak penjajahan Jepun terhadap Malaya dan Singapura. Aku masih dengan tugas sebagai jurugambar yang merakamkan kebaikkan tentera Jepun untuk diedarkan ke kawasan-kawasan kampung. Aku bukan tali barut. Aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Perkenalan rapat aku dan Jeneral Toshio menyebabkan aku mudah keluar dan masuk ke pejabat pemerintahan tentera.

Tiada kebebasan tanpa pengorbanan.

 

6 Ogos 1945

Sudah hampir 3 tahun tetapi aku belum mengambil apa-apa tindakan terhadap Jeneral Toshio. Tetapi hari ini akan mengubah segalanya. aku menggenggam pisau kerambit erat-erat sambil diselindung oleh kamera. Perlahan-lahan aku membuka pintu pejabat pentadbiran. Pemandangan pelik telah membuatkan aku membantutkan hasrat membunuh Jeneral Toshio. Beliau sedang menangis teresak-esak. Suara radio mejelaskan segalanya. Seluruh keluarga Jeneral Toshio yang berada di Hiroshima terbunuh angkara bom atom yang digugurkan oleh pesawat Enola Gay.

Pengorbanan untuk kedamaian.

 

15 Ogos 1945

Maharaja Jepun, Maharaja Hirohito telah mengisytiharkan kekalahan tentera Jepun dalam Perang Pasifik melalui siaran radio. Aku bergegas berlari ke pejabat Jeneral Toshio. Semua pedangnya aku sembunyikan. Aku tahu beliau akan melakukan seppuku kerana orang Jepun yang taat pada Maharaja tidak boleh menerima kekalahan.

Jeneral Toshio melangkah masuk kedalam pejabat longlai mencari pedangnya. Airmata beliau berderai apabila mengetahui niatku untuk menghalangnya membunuh diri. Dipeluknya aku erat-erat seakan kawan baik yang tidak akan berjumpa lagi.

Kalaulah dia tahu perasaanku dahulu dan sekarang.

 

12 September 1945

Jepun secara rasmi telah berundur dari Singapura. Jeneral Toshio dan tenteranya telah pulang kembali ke Jepun. Aku mesti mula mencari kehidupan baru. Dalam keadaan kucar-kacir pasca peperangan, tidak ada tempat untuk seorang jurugambar mencari rezeki. Aku tak gentar lagi untuk melakukan pengorbanan.

 

Apakah pula pengorbanan anda?

17 November 2010

Dr Lav: Formula Rangga

*arini Dr. Lav cube nak cakap dalam inglish*

i hev bin bizi for a wail nau bikos i stadi not finish. tudey i finish mai las paper exam en i wan tu tulis balik mai blog after not tulis long long taim

ok, itu sgt pelik. maka dengan last paper gua berlalu pergi dgn jayanya pada hari ini, maka gua dah pun berjaya menamatkan semester 4 dengan jayanya, maka gua ingt nak tulis balik blog yg dah lama kene tinggal ni dengan jayanya, maka gua pun dah takde idea nak tulis ape dgn jayanya, maka dengan itu aku nak perkenalkan kat korg Formula Rangga yang telah terbukti dengan jayanya.

QUESTION 1

Please explain briefly about Teori Rangga and it’s origin (25marks)

oh, mcm soalan exam lah.

Teori Rangga ni gua dpt mase layan cite Ada Apa Dengan Cinta. mase tu form 4/5 kat skolah teknik. ala,time tu hormon membuak2 dan keinginan utk berkapel adelah tinggi. Sape xpenah tgk cite Ada Apa Dengan Cinta? ha anda yg xpenah tgk bole pegi mati skg. hero dlm cite ni adelah Rangga, seorang mamat yg bajet cool muke ketat tp ade awek cun minat kat die.

maka selepas gua tgk cite tu, gua terfikir…tapi gua tak ingat gua fikir ape. oleh itu gua fikir balik…ha..kenape tidak aku cube menjadi rangga selama seminggu kat sekolah? okey, sebelum itu, kite kene kenalpasti camne nk jadi rangga.

  1. muka mestilah kacak (done)
  2. tak bole senyum sepanjang peRanggaan
  3. hanye bercakap apabila ditanya, itupun sepatah
  4. time kelas duduk baris blakang skali, sorang2
  5. elakkan sebarang perhubungan (bersembang, gelak2) dgn sape2 pn

 

senang ckp anda akan jadi seperti gambar dibawah:

  1. nottalking

tapi jgn wat muke sengal, ekspresi wajah adalah sangat penting. kalau diperhatikan, muke rangga same je xde ubah2. muke die mcm marah, dengan kening yg ditekan seakan menahan kemarahan. senang ckp ko try la wat muke cmni

rangga

ha..dapat tak? maka sekarang anda dh siap sedia utk menjalankan teori Rangga.

Fasa ‘takde pape…’

fasa awalan ini memerlukan pengorbanan yang tinggi kerana korg tak bole bersembang kosong LANGSUNG. hanye bercakap bende yg perlu saje. elakkan dari bertanya soalan. kalo xde org tanye mmg xbercakap 1 hari la jawabnye korg. dalam fasa ini korg akan ditanya soalan yg sama iaitu : Ko kenape? Demam ke?.

kalau soalan ini dh ditanya, maka fasa pertama ini sudah mencapai objektif. soalan itu haruslah dijawab dengan jawapan ini: Takde pape..

Jawapan itu harus diulang walaupun rmai yang bertanya. tolong jgn tambah apa2 pada ayat tersebut, okey.

Fasa “aku cakap xde pape la..”

selepas fasa pertama berjalan dengan lancar, korg dah bole masuk fasa kedua, ala senang je, korg stay meRanggakan diri sampai la target korg tanye soalan ni : Ko kenape wei? risau la aku tgk

Maka jawapan utk soalan tersebut : Aku cakap xde pape la..

boleh juga ditambah dengan perkataan ‘tak paham bahasa ke?’ , atau ‘ko jgn sibuk hal aku’. perlu diingatkan jgn mencarut atau memaki target kerna ia akan melukakan hatinya yg rapuh umpama kaca terhempas ke batu caves.

Fasa “sayang gk ko kat aku kan?”

ni fasa terakhir sebelum korg nk mengabiskan keRanggaan dirimu itu. fasa ni tak selalu berjaya psl kalau lama sangat korg Rangga, org lain dah muak nk tanya. fasa ni bole dikenalpasti bile target korg mula bertanye secara peribadi pasal keRanggaan korg melalui medium yg berlainan seperti, sms,surat, emel atau facebook. di kala ini bole dikatakan Teori Rangga ini dah mencapai objektifnye.

ape objektifnye?

ha..ini utk mengukur kadar keperihatinan target korg.kalo dh lama korg meRanggakan diri pun die wat bodo je, korg xpyhla berharap sgt. kalo die terus bertanya sempai fasa ketiga, maka bole la try ayat masuk jarum mane tau lekat plak ahahaha.

so, kepada sesiapa yg nk try tu try la atas risiko anda sendiri. kalo jadi kawen jgn lupe jemput gua ye ahahaha

Love,

Dr.Lav

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...