31 August 2009

Sejarah Yang Baik

Arini kartun The Simpsons dah mengajar aku sesuatu pasal sejarah. Dalam episod ke 716, bertajuk "Lisa the Iconoclast", Bandar Springfield nak sambut pembukaannye yang ke 200tahun. Nama Springfield tu daripade sorg lelaki bernama Jebediah Springfield, kire mamat ni sgt disanjungi oleh penduduk kat situ la. Tapi sebenarnye die ni adelah lanun yang kejam yg cube bunuh George Washington (biase la cite katun mengarut gile babi pn orang xmarah). Masalahnye skg, hanye Lisa sorg je yang tau, padahal satu bandar tu nak menyambut ulangtahun pembukaan. Apekah yg terjadi? Adekah Lisa akan bagi spoil dengan memberitau sume orang pasal cite sebenar? Jeng jeng jeng..

Klik sini utk sinopsis episod tu. Aku malas nak taip panjang2 huhuhu

 

ha.. ni la Jebediah Springfield.

Sape yg malas nak bace sinopsis tu..bia la aku kasik spoil. In the end, Lisa dah kasik stop perarakkan utk kasik tau hal sebenar, tapi last2 tak jadi, pasal die sedar ape yg penting bukannye hal sebenar, tapi semangat penduduk bandar tu naik bile dgr kisah Jebediah ni. So,Lisa pn biakan la sume orang xtau, bia die sorg je yang tau cite sebenar. (brape byk sebenar da…)

Ape kene mengena cite katun ni ngan kehidupan aku?

Xde kene mengena pn hehehe. Just arini 31 Ogos, Malaysia dah 52tahun merdeka. Kite patut kenang kembali sejarah perjuangan atuk wan kito yang tolah bomati-matian monontang ponjajah yang tolah buek kacau bilau kek negaro kito yang tocinto nih (kenapekah aku ckp nogori?)

Kdg2 aku terpikir gk, kalo mcm kite ni, kite dijajah, so dlm mindset kite watak jahat dalam sejarah negara kite adelah Portugis, British, Jepun dan Komunis. Tapi dalam sejarah negara yang menjajah kite tu, adekah diorg anggap negara diorg sebagai watak jahat gk? xkan la budak2 sekolah jepun blaja camni : Negara kite (Jepun) dah pegi sembelih beribu2 orang, bakar kampung, wat jalan keretapi maut smpai rmai yg mati, pancung orang tak xbagi kerjasama.

Emm..nnti aku gi tgk silibus subjek Sejarah kat sekolah Jepun..

Namun bukan sume sejarah perlu dikenang, mcm 13 Mei, sejarah hitam negara. Cukuplah just kite tau ape yg terjadi, xpayah nak detail2 sgt. Malaysia jadik maju macam skg sebab lepas 13 Mei, sume orang dah paham pentingnye perpaduan.

So, sebagaimane cite Simpson tadi, cite yang sebenar xla penting sgt. Yang penting ape yg korg dpt dari sejarah yang ntah betol ke tak tu. Pastikan yang elok la ye. Sendri pikir la beb, bende baik amik, bende xbaik wat bodo sudey.

tu sajelah kot. Adioss…

Slamat ari Merdeka, Malaysia!

6 comments:

-MiszSpade- said...

ehhh..aku ingt salah page ke ape..

tak pasan sudah ada 2 post...

nice try...n wish sume reader especially to all malaysian SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-52...

harap2 anak muda mudi skrg tau hargai nilai kebebasan tu...
PROUD TO BE MALAYSIAN..


aaaa..patriotik la plak...=)

Unknown said...

emm terlebih patriotik la plak

huhuhu anyway thanks singgah.same2 la kite merdeka

Sri said...

weiii semat gile blog ko...!!!!!! aku suke weiii

Unknown said...

wohoho jgn tiru layout aku ye..amaran kerajaan malaya

darth one said...

erm..
jika mengikut pengamatan aku plak kita kena tahu setiap detail sejarah. bukan untuk menimbulkan perkara yg tidak diinginkan tetapi mendalami sejarah itu suatu perkara yang signifikan kerana sejarah itulah yang menyedarkan kita.

bagi aku tidak cukup membaca buku sejarah KBSM. bukan apa, kadang-kala terdapat unsur2 mempengaruhi minda supaya bersikap rasis antara satu sama lain.

sebagai contoh, 13 may. apa yang kita tahu berlakunya pertumpahan darah antara dua kaum. tetapi perkara yang signifikan iaitu punca sebenar kita tidak tahu sedalam-dalamnya. mengetahui punca sebenar bukan bertujuan untuk memecahbelahkan kita akan tetapi kita cuba mempelajari kesilapan dan cuba memperbaiki kesilapan kita pada masa dahulu.

kita dalam islam kan telah dididik dan diajar untuk tidak membeza-bezakan antara warna kulit, kaum, bangsa dan juga agama. kerana kita semua manusia (homo sapien) yang berkongsi satu bumi. kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi?

apa-apapun, artikel ini menarik dan dapat membawa satu dimensi pemikiran manusia yang berbeza. keep up this good work. hoho


nota kaki: maaf, terlebih-lebih pula. hoho. err.. saya bukan penganut mana-mana parti politik. hohohohoo

Unknown said...

comment paling panjang aku penah trime. tahniah! tau la budak debat..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...