23 August 2009

Anak Emas Hangguk Hang!

Baca berita ni dulu sebelum bace blog aku...

ya..dah bace ke? bagi sape2 yg malas nak bace, ni aku copy sebijik2 berita tu.

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Penduduk di Permatang Pasir boleh menggunakan gelaran 'anak emas' untuk memudahkan urusan dengan Kerajaan Pusat sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil di kawasan itu.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, dengan gelaran itu juga penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh mendapatkan keutamaan dalam pelbagai urusan dengan kerajaan.

''Sebagai contoh, jika ada masalah dengan mana-mana agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita akan pastikan ia diselesaikan dengan segera kerana mereka anak emas kita.

''Selain itu, pinjaman penjaja kecil TEKUN atau Mara yang dah lama tertunggak, kita akan selesaikan segera atau pun ada antara anak-anak mereka hendak masuk universiti tetapi ada kekurangan sedikit, kami akan cuba bantu dan utamakan mereka.

''Mereka akan sentiasa menjadi lima pilihan teratas untuk kita membantu menyelesaikan masalah mereka, inilah kelebihan jadi anak emas kepada BN," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bilik Gerakan cawangan Permatang Pasir.

Beliau bersama-sama calon BN, Rohaizat Othman mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah di kawasan itu dan bersemuka dengan penduduk di situ.

Ahmad berkata, aktiviti paling sesuai pada bulan Ramadan adalah dengan mengunjungi rumah pengundi di kawasan berkenaan.

Tambahnya, bagi menghormati bulan puasa, UMNO dan BN akan terus mengadakan ceramah dan berkempen secara berhemah sekali gus tidak menyentuh perkara yang tidak sepatutnya.

''Pada saya dalam bulan Ramadan ini kita hentikanlah ceramah bantai membantai malah kita juga sudah maklumkan kepada penceramah yang terlibat supaya tidak menyelar atau memfitnah mana-mana pihak atau personaliti.

''Kita dari dulu memang tak buat fitnah ini, kita akan terus bercerita tentang apa kita akan buat dengan konsep Permatang Pasir akan jadi anak emas Kerajaan Persekutuan, itu tema ceramah BN yang akan diadakan selepas solat tarawih.

''Bayangkanlah selepas 4,051 hari Pas memerintah tapi tiada apa pun yang telah dibuat," ujarnya.


anak emas...em..pengundi kat Permatang Pasir akan jadik anak emas kerajaan kalo BN menang kat sane. kalo ade urusan kerajaan diorg akan setel cepat. pasal diorg anak emas.

F**k u!

nasib baik aku blom bole mengundi PRU lepas. kalo cmni la mentaliti kerajaan kite, mmg la melayu smpai bile2 xkan maju. skg ni kalo orang Permatang Pasir tu bole fikir panjang2, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan tu baru je mengugut diorg utk undi BN. maksud tersirat die adelah "kalau hangpa tak undi kami, smpai mampuih la hangpa beratoq kat opis gomen nak setelkan apa2 urusan kerajaan"

got the idea?

lagi satu, beliau berjanji nak tlg penjaja kecil dan anak2 Permatang pasir yang nak masuk universiti kalo BN menang. So kalo kalah "hangpa pandai2 la nak idop sendri,bukan kami yang menang'.

lagi satu mentaliti orang melayu..

Name saye Ahmad Maslan

jadik ketua bukan utk carik untung, carik glemer. jadik ketua sebab rase tanggungjawab tu ade dlm diri. tlg sape2 yg perlukan pertolongan, uruskan hal2 setempat. dari cara percakapan Ahmad Maslan itu tadi, jelas beliau sedang membuat janji kosong. ade ke tempat2 dalam Malaysia ni yg jadi anak emas kerajaan? pegi opis kerajaan, cakap je 'saye orang Permatang Pasir', trus tak payah beratur panjang2. mmg heaven gile. tapi BN lupe ke, brape rmai lagi yg dok undi die. abis diorg tu anak ape? anak pungut?

bile dah memegang kuasa, jgn lupe diri. bayangkan diri sendiri jadik orang bawahan, dan orang bawahan bayangkan jadik orang atasan. aku tau bkn senang nak jadik ketua, tapi memberikan janji2 kosong ni tak ubah mcm munafik. Lim Guan Eng dah bagi janji palsu pasal Kg Buah Pala, ko jgn la ikut die.

di kesempatan ni aku nak mintak maap awal2 utk org yang aku mention dlm post ni. biase la bulan pose tak elok mengumpat. tapi just nak bagi teguran.ok adios, slamat pose sume

**saje nak tegur2 bulan pose ni.perut lapa, bace artikel panas, trus rase nak hentam orang hehehe**

3 comments:

Ro Zhaf Zeck said...

aku ni nk kate sokong umeno tu leh gak la..
tp aku benci giler ngn org2 cmni..
ni msti ble org besa dtg dia ni kuat kipas..
aku da byk kali jmpa ngn org cm ni
elok ganti la ngn org lain.

Unknown said...

hentam org politik nie pada2...
ko student lagi..
tak pasal2 jadi mcm raja petra
hehehe

Azri Khair said...

FFUUUCCCKKK POOLLIITICCSS!!! 3 kinds of people that cannot be trusted..SalesPERSON, Lawyers an POLITICIANS!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...