25 November 2009

Hadiah UPSR

Sebuah sekolah rendah swasta di Hartamas. (tempat anak lord la ni..)

Mimi : seorang anak pasangan pilot dan pramugari. oleh kerana terlalu kerap pi jalan2 oversea, maka lidahnye kurang terkene belacan dan nasik lemak, menyebabkan Bahasa Melayu beliau agak kureng sedikit

Linda : anak pasangan datuk dan datuk. bukan la parent diorg ni gay, tapi mak abah dua2 dapat title datuk. kesian kene panggil mak sendiri datuk. cukup 44kali ckp camtu kuar janggut la alamatnye.

Lily : anak duta negara mana ntah aku xtau nk tipu korg ape. tapi yg penting die ni bukan malaysian la. yg penting die cube sedaya upaya utk bercakap melayu, loghat kedah plak tu.

di dewan sekolah, time amik result UPSR

Mimi : guys, you all punye result ok tak?

Linda : i punye ok la. got 5 A’s. bestnye bole la i demand parent i bwk pegi Paris holiday ni.

Lily : ish i belum ambil la my result. i a little bit seriau la i takut my result tak bagus.

Mimi : waaa…good job linda. i got 4a’s 1b only but my parent promise me to go to disneyland next month.

Linda : waa..so lucky la u. my parent always busy 24/7 if they can’t take me to paris i ingt nak ajak cousin i je pegi sane. eh..where’s lily?

Mimi : i think she went to get her result la.

Lily : alamak, linda, mimi my result quite hampeh la. my pak will get mad at me for sure. i think i want to teriaq la.

Mimi : can you please don’t campur2 bahasa Kedah with English? pening tau tak

Lily : hang bole la dok suka2 hang bukan xtau pak aku tu garang nak mapuih. tobat la balik ni kena ligan la jawabnya. aku rasa xmau balik umah la no. Linda umah hang kosong tak aku nk tumpang tidoq semalam sat.

Linda : ha amik kau cakap kedah full. i don’t know la Lily, you know la my guard kat rumah tu papa i dah pesan kat die not to bring any stranger including my friends. how annoying la my father tu.

Mimi : my parent pun macam tu. dah la selalu travel je, they only gave me one credit card je. ade limit plak tu. every i buat payment my dad kene confirmkan dulu. menyusahkan betul.

Lily : In that case hang can use my card. Platinum Visa ni my pak just pay all overdue so card ni clear. i rasa we all should pakat tidoq hotel la malam ni. i rasa nak pi genting la release tension. di sana can mentekedarah banyak2

Mimi : you’re right. parent ni troublesome la.

…..

SEREMBAN 20 Nov. - Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Pada April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu patah kaki dalam kemalangan. Ekoran itu, keluarganya terpaksa hidup dengan bantuan kewangan kerajaan RM400 sebulan.

Setiap hari sejak berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik ke rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk sampaikan sendiri keputusan ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata, suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang". Noreha yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya. - BERNAMA.

Takziah kepada adik Siti Amynur Ain Putri.

**kenape aku tulis post ni?. pasal ade sesetengah orang xpenah bersyukur dengan apa yg ade**

**cerita ini adelah rekaan semata2 takde kaitan dgn yg hidup atau mati. berita dipetik dari www.utusan .com.my**

2 comments:

The Jo-Khair said...

Baguih la hang ni...aq ingatkan cite lawak..rupe nye..

Kazuya Holiday Mode said...

aku saje selitkan elemen lawak skit. gile mmg aku rase nk nangis bace artikel berita tu. patut dikongsi bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...