28 April 2009

Kesalahan: Tido Kompaun:RM100 WTF??!!

aku disaman. siot. salahkah sebagai seorang student yang rajin stadi aku di saman. RM100 plak tu.camni citenye...
sebagai persediaan menghadapi exam analysis of price yang mengarut dan xde kene mengena lgsg dengan mekanikal, aku dengan rela hatinye mengorbankan waktu tido aku selama 8jam kepada 45minit saje. dengan kata lain sepanjang 24jam yg lepas aku tido xsampai sejam. ini menyebabkan otak aku xstabil serta membawa kepada ketidakseimbangan hormon. dah la stadi gile2, time exam blur plak. mcm cilake. bole jawab separuh je, so far so good la rasenye takkan fail punye. tapi tu bukan bende yg aku nak cite.
lepas exam yg mengerikan tu, aku ade lg satu paper last esok. after that mmg merdeka la. so aku dengan kepala yang ting tong balik ke bilik nak tido. elok2 aku turunkan tilam empuk katil atas aku yang kosong xde orang, letak bawah kipas.fuh masyuk ni. ade harapan malam karang baru bangun ni. lalu aku pn melelapkan mata yang dah mmg xbole buka sbb ngantuk gile.
cukup 2jam aku tido, warden masuk tanpa memberi salam dan dengan gaya yang sungguh nak mintak penendang. tapi di kala itu aku ditangkap red handed kerana law kolej tidak membenarkan penghuninye yang budiman menurunkan tilam ke lantai serta membuta diatasnya. bedebah. dengan tak semena-mena kad matrik aku dicilok dlm keadaan aku tidak berbaju dan masih mamai atas tilam yang membawa suweyy itu.
time pegi jmpe nak amik balik kad matrik tu, die bg warning je, so aku xbrape cuak la, tapi then die kuarkan surat kompaun, dan setelah dinyatakan bahawa kadar kompaun kolej perindu uitm yg tercinta ni adalah RM100 kerana kesalahan yg TIDAK MUNGKIN membawa maut serta kerosakan harta benda tu, aku kelu lidah tidak mampu bersuara. mcm siot. bende kecik pn nak kompaun lebih2 ke? bkn aku langgar anak orang pn, bkn aku hack database bank negara pn, bkn aku menghadiri perhimpunan haram anjuran penyokong anti kerajaan pro-Thaksin pun. xbole trime, xbole trime..dah la aku tensen xbole jwb paper, xcukup tido, ni sume meningkatkan keinginan utk membelasah org ni. so korg tau ape aku wat?
aku sembang ngn die.saje jek2 skit mane tau ati lembut plak. aku puji la anak die bijak, masuk UTP, amik chem engin, bgus anak pak din ni hehehe. lantas aku hanya diberi last warning disamping perlu menulis surat rasmi mengaku kesalahan n janji xnak wat laki. mcm cilake. tapi surat tu berharga rm100, so aku on je trus mengarang dengan penuh perasaan dan cucuran air mata mnyesali perbuatan ku ini. dapt je kad matrik aku balik, aku kembali ke bilik dengan memberikan pak din pahala percuma hasil caci maki dan umpatan aku terhadap die.xpe bende dh lepas. nak stadi utk construction technology plak lepas ni. satu lg subjek mengarut dalam idop aku. layan je la...

5 comments:

BroSKL said...

x leh bela tido kene saman haha :D

Unknown said...

dunia skg sume nak pkai duit.nak tido pn kene byr.hampeh

iManAzRaf said...

gilo ah..!! haha.. naseb kat tmpt aku, diorg xheran.. mcm mngarut plak aku dgr...

hm... kolej perindu ek...??? mcm prnh dgr la nm kolej tuh.. hee... kolej dlm kampus UiTM Shah Alam kn?

Unknown said...

ye..kolej ni dlm uitm so sgt dkt nak gi kelas jalan kaki pn bole. dgn syarat tido tilam xbole letak bwh ye..ingt pesan cik din ni hehehe

anisawrus said...

mak aih? rm100 sbb tuh? baik pegi check in tido kat hotel dlm bilik aircond lg. cheyt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...